KAMPUNG KUALA MASAI JOHOR

KAMPUNG KUALA MASAI JOHOR

Saturday, July 9, 2011

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Jabatan Kemajuan Orang Asli, Johor Bahru

Tok Batin dan penduduk Kg. Kuala Masai

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Ahli Dewan Undangan Negeri, Permas

Ahli Dewan Undangan Negeri, Tiram

Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jabatan Pengairan dan Saliran, Johor Bahru

Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Johor

Polis Di Raja Malaysia

Jabatan Imigresen Negeri Johor

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor

Pejabat Tanah dan Daerah, Johor Bahru

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

Crest Exotic Sdn Bhd

NS Health & Spa

Ocean Mineral water, Ulu Tiram

Maya & Sons Transport Agency

Penyumbang Perseorangan

PROGRAM ORANG KITA, BAKTI KITA

Tarikh keramat 2 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu akhirnya muncul menandakan Program Kemasyarakatan bersama komuniti orang asli di Kampung Kuala Masai yang telah dirancang berbulan-bulan akan direalisasikannya pada hari ini.

Seawal 6.30 pagi para pelajar mula hadir di hadapan bangunan kelas UUM Pace Taman Molek untuk menunggu kehadiran bas yang disewa untuk mengangkut pelajar ke lokasi. Namun ada sebahagian pelajar yang lain mengunakan kenderaan sendiri untuk ke sana.

KETIBAAN

Ketua projek tiba dengan pacuan 4 roda..

Diikuti dengan ketua Biro Pengangkutan hadir menggunakan motorcross untuk memudahkan pergerakan.

Khemah-khemah tersedia dik lokasi program. Kelihatan hadiah-hadiah berupa hamper telah disusun untuk di agih-agihkan kepada pemenang sukaneka. Pelajar-pelajar yang hadir sendiri sedang menunggu pelajar yang menaiki bas tiba ke lokasi program.

Ketibaan pelajar-pelajar ke lokasi program.

Kaunter pendaftaran kehadiran pelajar dan agihan bungkusan sarapan kepada para pelajar.

TAKLIMAT SUKANEKA

Taklimat sukaneka disampaikan sendiri oleh ketua Biro Program dan Aturcara. Encik Sharizal cuba membentuk 4 kumpulan yang dipecahkan mengikut warna gelang tali yang disediakan iaitu kuning, merah, biru dan oren.

Kanak-kanak nampaknya begitu gembira dengan kehadiran kami dan turut sama menyertai sukaneka yang diadakan untuk mereka.

SUKANEKA

Antara sukan-sukan yang disediakan ialah membawa bola ping pong menggunakan sudu, meniup belon sehingga pecah, mengambil gula-gula mengunakan mulut di dalam tepung dan berlari king kong.

SENAM ROBIK & CHICKEN DANCE
Senamrobik dan tarian 'chicken dance' yang diketuai oleh Encik Eugene turut melibatkan penduduk, kanak-kanak dan pelajar UUM Pace Jb.

GOTONG ROYONG

Antara matlamat mengadakan program kemasyarakatan ini ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni menjaga kebersihan kawasan sekitar. Kerjasama yang tinggi daripada MPPG dan Jabatan Perairan dan Parit Johor Bahru menyediakan banner dan brochure kempen kebersihan beserta tong sampah besar untuk digunakan bagi acara gotong royong. Pelajar juga mengambil kesempatan menceriakan kawasan persekitaran dengan mengecat tembok surau Kg. Kuala Masai yang agak usang.

SESI KARAOKE
Sementara menunggu ketibaan para jemputan VIP dan acara kemuncak perasmian penutup, penduduk dihidangkan dengan kemerduan suara para pelajar mendendangkan lagu melalui sesi karaoke. Sekurang-sekurangnya mampu menghilangkan kepenatan yang ada sepanjang program.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Timb. ketua projek memastikan majlis penutup berjalan lancar. Kelihatan penduduk-penduduk mula memenuhkan kerusi di bawah khemah untuk meraikan majlis penutup ini. Pengacara majlis Puan Mariam menghidupkan suasana dengan rangkap pantun yang indah.

Majlis diberkati dengan bacaan doa oleh Ustaz yang dijemput khas daripada Bahagian Dakwah Jabatan Agama Johor. Ketua projek memberi sepatah dua kata sabagai wakil penganjur dan pelajar UUM. Wakil pengarah JKOA Encik Badri merasmikan majlis penutup program kemasyarakatan bagi mata pelajaran khidmat masyarakat.

SUMBANGAN DAN CENDERAHATI

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada semua yang turut sama memberi sokongan padu sepanjang program ini dilaksanakan. Cenderahati diserahkan kepada para-para VIP termasuk Tok Batin selaku ketua masyarakat Kg. Kuala Masai, Johor Bahru.

SESI BERGAMBAR & SELESAI PROGRAM

Sebelum mengakhiri program, sesi bergambar di antara para pelajar dan para jemputan VIP.

Kepuasan tergambar di setiap wajah pelajar kerana berjaya merealisasikan program 'Orang Kita BAkti Kita' di Perkampungan Orang Asli Kampung Kuala Masai Mukim Plentong Johor Bahru.

PERSIAPAN TERAKHIR

Pada tarikh 1hb Julai 2011 (Jumaat) telah ditetapkan merupakan tarikh terakhir untuk 'final touch' di mana pada harini jawatankuasa2 terlibat sibuk untuk memastikan persiapan terakhir di lokasi proram dilaksanakan sepertimana yang dirancang.


Antaranya ialah jawatankuasa program dan Aturcara yang terlibat secara langsung memastikan program senamrobik dan sukaneka berjalan dengan jayanya. Gambar di atas kelihatan ketua Biro bertungkus-lumus membuat garisan untuk program sukaneka. Dan kanak-kanak di belakangnya kelihatan agak tidak sabar menantikan hari bersejaran berlangsung.

Antara lain yang hadir ialah timbalan ketua projek bersama ketua Biro Pengangkutan. Tidak kurang juga, ketua Biro Peralatan dan jawatankuasanya yang hadir untuk memastikan khemah-khemah dan peralatan lain dipasang dengan betul dan tersedia.

Biro Kebajikan dan Keselamatan sibuk memasang tanda arah ke lokasi bagi memastikan kelancaran kehadiran pelajar dan juga jemputan ke program yang bakal diadakan.

Dua buah banner telah disediakan dan dipasang di persimpangan pintu masuk Kg. Kuala Masai dan satu lagi di pasang di tembok surau sebagai promosi dan makluman menunjukkan kesungguhann pelajar UUM Pace JB ingin mengadakan program kemasyarakatan.