KAMPUNG KUALA MASAI JOHOR
Monday, April 25, 2011
TEMA PROGRAM
Tema program ini dipilih kerana ianya membawa maksud, Masyarakat sekeliling sentiasa prihatin ke atas kehidupan masyarakat orang asli yang sentiasa terpinggir dan daif dalam arus pembangunan serta kemodenan yang berlaku di dalam negara. Keikhlasan kami juga datangnya dari hati sanubari untuk bersama mereka dengan memberikan sumbangan, bantuan serta pendedahan kepada mereka bagi meneruskan kehidupan dengan harapan hasil dari program ini dapat memberi kualiti kehidupan yang lebih sempurna dan secara tidak langsung dapat mengatasi permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)