KAMPUNG KUALA MASAI JOHOR

KAMPUNG KUALA MASAI JOHOR

Thursday, June 23, 2011

PERUBAHAN & CABARAN



Para pelajar UUM Pace Jb semester April 2011/2012 mengadakan rombakan secara drastik terhadap perancangan program yang telah dirancangkan ekoran beberapa cabaran dan masalah luaran yang berlaku. Namun yang demikian, dengan kebijaksanaan dan kecekapan jawatankuasa yang ada dibantu oleh pandangan bernas fasilitator projek, program ini tetap diteruskan dengan ide-ide baru dan segar.

Dengan objektif dan matlamat yang sama, projek diteruskan dengan perubahan lokasi iaitu di Kampung Kuala Masai, Mukim Plentong, Johor Bahru, Negeri Johor. Lokasi ini dipilih berdasarkan kriteria-kriteria istimewa dan kemudahan yang ada di sana di samping persetujuan sebulat suara oleh para pelajar dan jawatankuasa-jawatan kuasa bertindak. Ia turut disokong dan dipersetujui oleh pensyarah kursus Pembangunan Masyarakat 4 (VRS041). Galakan dan komitmen berterusan daripada semua pihak menyemarakkan lagi semangat untuk menyaksikan program ini direalisasikan.